5.10.2012

Berpantang ~ Cara Alami vs Cara Islam ~




Seringkali bermain di minda mama tentang pantang larang orang2 tua ( terutamanya wan mama yang banyak sgt pantang larang nya :) )...kadang2 ada yang masuk akal...tapi banyak yang mama rasa adalah kerana kepercayaan yang tetap dalam pemikiran mereka kerana itulah yang pernah berlaku pada mereka dahulu...sehingga ia kadang2 menjadi suatu yang telah melanggari syariat Islam (MasyaAllah)...tetapi bukan kesemuanya...ada yang bagus...dan mama sering dengar, mereka yang berjaya sihat dan kembali kepada bentuk tubuh yang cantik adalah mereka yang benar2 'kuat berpantang' (hehehe)

Lalu...di sini mama nak share serba sedikit ilmu2 tentang berpantang ini...semoga ianya dapat menjadi panduan kepada mama dan ibu2 yang lain :)

sumber dari laman ini http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2011/03/berpantang-lepas-bersalin-dalam-islam.html


Berpantang bagi seorang wanita selepas melahirkan anak merupakan satu adat dan amalan yang wujud pada sesuatu agama. Bukan orang Melayu sahaja yang berpantang selama 40 hari, malahan dinegara-negara Arab, UK, USA, etc juga ada dikalangan orang Islam ada yang mengamalkan kepercayaan demikian. Malah bukan sahaja orang Islam, bahkan kaum lain pun ada yang mengamalkan amalan tersebut.

Bagi mereka yang berpantang, mereka dilarang dari keluar rumah sepanjang 40 hari. Mereka juga disuruh berpantang dari beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk. Ada juga yang mengamalkan jamu dan juga berurut untuk membetulkan peranakan.

Hakikatnya didalam Islam, tidak ada larangan untuk wanita itu keluar dari rumah kurang dari 40 hari kelahiran bayi. Ia hanyalah adat dan budaya semata-mata.

Angka 40 itu sangat sinonim didalam agama Islam. Dikatakan jumhur ulama' menyatakan bahawa 40 hari merupakan waktu maximum seorang wanita dikecualikan dari melakukan ibadat seperti solat dan puasa. Selepas 40 hari, seseorang wanita itu diwajibkan mandi dan mula bersolat. Ada dikalangan ulama' yang membenarkan selama 60 hari. Ummu Salamah ra. berkata :


كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ..
"Semasa waktu Rasulullah :saw , wanita didalam nifas akan duduk (dikecualikan dari puasa dan solat, dsb) selama 40 hari..." [Riwayat al-Tirmudzi]

Imam al-Tirmudzi didalam komentarnya terhadap hadith ini berkata, telah ijma' ulama dari kalangan sahabat Nabi :saw, taabien, bahawa waktu maksima wanita didalam keadaan nifas tidak perlu menunaikan solat adalah selama 40 hari, melainkan telah bersih sebelum ini,maka hendaklah ia mandi dan bersolat.

Waktu minimum menurut Dr Abdul Karim Zaidan tidak ada hadnya, dan ini padangan ijma' fuqaha'. Dengan ertikata lain, sebaik sahaja tidak keluar lagi darah, maka wanita tersebut boleh mandi dan menunaikan solat. Menurut Dr Abdul Karim Zaidan lagi, pandangan yang rajih didalam hal waktu maksima nifas adalah 40 hari [Mufasal, 1/109].

Hukum wanita didalam nifas adalah sama dengan wanita didalam haid tanpa khilaf. Menurut Mazhab Syafie 'Apa yang diharamkan semasa nifas adalah diharamkan didalam haid'. Bagi Mazhab Maiki pula 'larangan didalam nifas semuanya dilarang didalam haid'. [Mufasal, 1/169].

Jenis-jenis aktiviti yang dilakukan oleh wanita selepas bersalin pada zaman Nabi :saw tidak pula saya berjumpa dengannya. Amalan yang paling hampir adalah bayi yang baru lahir itu hendaklah disusukan oleh wanita lain (selain ibunya) sekurang-kurangnya 2-3 hari selepas kelahirannya. Ini adalah elok sementara menunggu susu ibu tersebut menjadi pekat. Kebanyakkan orang Arab memberi tumpuan pada perkara ini, sebagaimana Nabi :saw diberi kepada Banu Sa'd untuk disusukan di kalangan mereka.

Waktu mengandung 9 bulan itu boleh dikatakan agak lama, maka sudah tentu kesihatan merupakan perkara yang perlu dijaga oleh setiap wanita selepas bersalin. Disini saya mengutip sedikit nasihat Doktor wanita (tulisan Saarah al-Lu'Lu'ah didalam laman sesawang Islamway) mengenai perkara ini :-


•perkara utama yang perlu dilakukan adalah cukup rehat dan tidor, sekurang-kurangnya 1 minggu
•terus mandi selepas bersalin (mandi wiladah)
•makan diet yang biasa selepas bersalin. Tumpukan kepada makanan yang berprotein, mineral, sayur-sayuran dan buah-buahan.
•digalakkan ibu yang lepas bersalin bergerak selepas 6 jam.
•tidak kembali bekerja hanya selepas 6 minggu.
•terus bersenam sehingga badan menjadi normal

Manakala, ini adalah dari sumber http://khaihani.multiply.com/journal/item/35?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem


RAWATAN TRADISIONAL

Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang.

Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang.

Misalnya, cara wanita Kelantan mungkin berbeza dengan orang utara. Begitu juga ibu berketurunan Jawa, Arab, Cina atau India berbeza petua dan rahsia yang menjadi amalan mereka.

Walau apa jua cara yang digunakan, tujuannya tetap sama iaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin dan selepas bersalin.

Banyak perkara misteri yang masih belum terhurai dan terjawab tentang rawatan selepas bersalin secara tradisi Melayu warisan pusaka. Apa lagi kalau hendak dihuraikan secara saintifik kerana masih belum ada penyelidikan dijalankan untuk membuktikan kebaikannya terhadap kaum wanita.

Namun kita sedia maklum akan khasiat herba dalam mengubati beberapa penyakit seperti akar Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia, Bunga Pakma dikenali juga sebagai Rafflesia, Kacip Fatimah iaitu Labisia pumila dan lain-lain lagi.

Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu.

Antara rawatan tersebut adalah bertungku, berurut, mandi herba dan mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis, bertasak, minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum.

BERTUNGKU


Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku.

Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan.

Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.

Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia.

Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan.

Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada).

Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.

Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.

Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.

Justeru, bertungku adakala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

BERURUT MENYEGARKAN BADAN

Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman.

Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.

Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam.

Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi.

Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut.

Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya:

•Minyak kelapa [Dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak hingga menjadi minyak]
•3 camca besar halba
•4 cm halia (Zingiber officinale)
•4 cm kunyit hidup (Curcuma domestica)
•3 ulas bawang putih (Allium sativum)
•5 biji bawang merah (Allium cepa)
•Cara membuat: Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.

MANDI

Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.

[A] Mandi Dedaun

Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.

Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang.

Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi (Vitex negundo), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai (Lawsonia terma), daun bonglai, daun mengkudu (Morinda citrifolia) dan rempah halba.

Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.

Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi:

•1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
•10 helai daun limau purut
•6 batang daun serai bersama serai
•Halia muda sebesar 4 kali ibu jari
•7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
•2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
•Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
•Segenggam halba (dipunjutkan)
CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI:

•Ambil periuk tanah ukuran sederhana.
•Sediakan bahan-bahan di atas.
•Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana.
•Masukkan halba yang dipunjutkan.
•Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.
Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua.

Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari [kaki kanan] dahulu diikuti kaki [kaki kanan] kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri.

Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.

Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit.

Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot disamping menghalang air dari masuk ke dalam badan.

Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

[B] Mandi Lulur

Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit.

Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.

Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal.

Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita.

Kebanyakan ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.

BERTANGAS


Ia dilakukan selepas mandi.

Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan prolapse (keluar tombong).

Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.

Ramuan Tangas:

•9 keping asam gelugur
•2 camca besar garam jantan
•3 helai daun sirih (Piper betel)
•Segenggam inai (Lawsonia terma)
•Halia sebesar ibu jari (Zingiber officinale)
•3 biji manjakani
•Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.
PEMAKAIAN PARAM, PILIS, TAPEL, JADAM DAN BENGKUNG

Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran.

Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis.

Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin.

Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel (ubat barut) yang dicampurkan dengan 5 titik minyak kayu putih, 3 titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis.

Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.

Selain menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut.

Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut:

•Segenggam jadam (diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya)
•Halia (Zingiber officinale) sebesar ibu jari
•Isi kunyit terus sebesar ibu jari
•3 ulas bawang putih (Allium sativum)
•Asam jawa (Tamarindus indica) sebesar bola ping-pong
•Secawan air kosong
•Periuk tembikar dan sudip
•Cara membuatnya: Masukkan jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan jadam dan campur perahan air asam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga mengggelegak.
Cara menyapu jadam:

Biarkan jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itu sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan kain kecil dan ikat barut dengan kemas. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung.

BERBENGKUNG

Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara.

Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.

BERTASAK


Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan.

Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan.

Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut, dua kali sehari pagi dan petang. Setiap tiga hari, bahan berlainan digunakan.

Caranya: Bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat, dicampur setengah cawan air, ditapis dan diminum.

Pada hari pertama hingga ketiga: Segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma, garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum.

Pada hari keempat hingga keenam: Gunakan segenggam daun senduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan.

Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan: Bahannya adalah 5cm kunyit iaitu Curcuma domestica, garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum.

MINUM AKAR KAYU DAN JAMU



Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional.

Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan disamping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.

Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan.

Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK YANG BERPANTANG

Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan, samalah seperti mandi tidak bersabun.

Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.

Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.

Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya.

Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.

Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Apa yang nyata, mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.

Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus.

Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.

Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga), mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu disamping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang.

Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu.

Cara makannya: Ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.

Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi dimana seseorang terasa sangat kenyang.

Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Institut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin.

Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.

------------ --------- --------- --------- --------- ---------

CARA-CARA MENGIKAT BENGKUNG:

1. Sempurnakan ikatan barut.

2. Ikat satu hujung kain pada tombol pintu atau dipegang pembantu. Lilit bermula di bawah paras punggung. Pastikan satu hujung kain pendek, agak-agak melepasi kepala. Bahagian berkenaan dijadikan tulang bengkung.

3. Lilitan dipusing ke belakang, apabila tiba di depan, simpul pada bahagian pendek, kemudian pusing ke belakang semula.

4. Bahagian depan siap diikat.

5. Bahagian belakang, dililit kemas dan bertindih setiap satunya.


Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut:

1. Legumes: Kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya.

2. Susu dan hasil susu: Susu, aiskrim dan keju.

3. Sayur-sayuran: Kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli.

4. Sayuran berubi: Kentang dan sengkuang.

5. Buah-buahan: Prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic.

6. Bijirin dan roti: Kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin, roti dan pastri.

7. Makanan berlemak: Makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar.

8. Cecair: Minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk.

9. Seserat (fiber): Kacang, oat, bran dan kacang panggang

Ini pula dari http://www.annisa.com.my/syariat-islam/adakah-amalan-berpantang-mengarut.html



ADAKAH AMALAN BERPANTANG MENGARUT???


Adakah Amalan Berpantang Mengarut?Posted at 23/07/2011 | By : admin | Categories : Syariat Islam | 0 Comment
Eida

Golongan masyarakat hari ini rata2 tidak mengetahui malah membenci amalan berpantang selepas bersalin.. dgn berbagai alasan.. antaranya ketingalan zaman.. amalan merapu..
ada yg mengatakan masyarakat barat tidak berpantang pun.. mereka dgn sombong mengatakan mereka masyarakat moden.. tidak terikat lagi dgn amalan kuno tersebut..
cuma yang mereka tidak faham, kebaikan dari amalan tersebut.., dan tubuh moden mereka sebenarnya lebih rapuh/reput dari masyarakat dulu kerana amalan makanan yg berkimia dan berbagai gaya hidup moden yg menghancurkan..

dan satu kesilapan masyarakat dahulu adalah kerana hanya menyuruh org berpantang itu dan ini.. tanpa menerangkan kenapa perlu dilakukan begitu.
marilah kita pesan kepada masyarakat moden tersebut.., apakah dia amalan berpantang selepas bersalin ini..

pantang selepas bersalain
Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.

bengkung
Amalan berbengkung dapat mengempiskan perut selain mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin. Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari dan jika mampu wanita digalakkan berbengkung semula pada sebelah malam
bagi membentuk semula tubuh, ibu bersalin perlu memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.
ia juga Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.
bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.
Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan, kerana ia membentuk semula bahagian badan yang berlemak. Malah, untuk mengembalikan bentuk tubuh asal ibu bersalin digalakkan memakai bengkung selama 44 hari

bertungku
wanita perlu bertungku bagi mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku yang tertinggal di dalam perut. Tungku yang dilapik dengan kain dibalut bersama daun mengkuang dan pandan.
Amalan bertungku juga berkesan untuk membuang lendir angin selain memecahkan lemak degil. Bertungku dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam dan bahagian paling dititikberatkan adalah paha dan perut

urutan
Urutan selepas bersalin penting untuk mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum mengandung, mengurangkan ketegangan akibat kepenatan selepas melahirkan anak,melancarkan peredaran darah, membetulkan urat yang tegang semasa melahirkan anak,menenangkan fikiran, melancarkan pengaliran darah nifas, mengembalikan rahim ke tempat asalnya, membuang angin dan menyihatkan badan
1) URUTAN SELEPAS BERSALIN
-NAIKKAN PERANAKAN
-NAIKKAN SERI MUKA
-KEMBALIKAN TENAGA
-MEMULIHKAN BADAN

Seelok-eloknya badan diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di perut kerana angin berkumpul di situ. Kebanyakan penyakit yang datang dalam tempoh berpantang juga berpunca daripada perut.
Selepas bersalin, kedudukan peranakan wanita sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asal. Urutan bertujuan menaikkan rahim dan tidak boleh dilakukan dengan kasar terutama di perut kerana ia dikhuatiri menyebabkan kecederaan dalaman,

Pemakanan Ibu Dalam Pantang Masyarakat Melayu
Pemakanan antara aspek yang diambil berat semasa wanita dalam pantang. Makanan yang boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan.
* Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
* Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
* Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
* Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
* Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
* Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.
* Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan.
* Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
* Ayam – seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara.
* masakan yang dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
* Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
* Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
* Perisa lain adalah yang boleh digunakan seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.

Elakkan
* Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
* Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
* Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang.
* Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.
* Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
* Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.

1. Ikan yg berduri & berbisa (terubuk, pari, parang) – badan bisa & bentan
2. Ikan masin + kering – nifas bau busuk
3. Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lg seafood – kulit gatal2
4. Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kankung, petola, kacang panjang, terung, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
5. Buah yang sejuk (tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
6. Air sejuk, air gas, air kelapa muda, cincau – sama seperti kesan buah dan sayur yang sejuk

ubatan herba
ibu bersalin juga akan diberi minuman herba iaitu campuran kunyit, asam gelugur, daun sirih dan gula Melaka. Minuman ini berkhasiat mengembalikan tenaga wanita selepas melalui perit melahirkan anak.
Minuman Herba/Rempah
“Selain mengecutkan rahim, minuman ini merangsang aroma badan lebih wangi
amalan mandi 44 jenis air rebusan rempah ratus seperti daun inai, serai wangi, daun pisang kering, bunga kantan dan daun kunyit juga penting bagi membuang bau hanyir darah yang melekat pada badan selain mengembalikan kesegaran.

Faedah
* Memanaskan badan
* Mengurangkan berat
* Mewangi tubuh
* Membuang toksin dalam badan
* Mengecutkan Peranakan

pilis

Pilis ialah campuran ramuan remah-rempah yang disapukan pada dahi untuk mengelakkan rasa pening-pening, sakit kepala atau pitam.

Faedah

* Dipercayai boleh mengelakkan berlakunya rabun ketika usia muda.
* Pemakai pilis akan merasa nyaman dan berangin, jadi rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan.

Tempel/Tapel

* Tempel atau tapel adalah campuran rempah/herba yang disapu pada perut.

Faedah

* menghangatkan perut supaya tidak ‘masuk angin’
* mengencangkan kembali otot perut ibu selepas bersalin

Seks dalam pantang
Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam (tuut) akan berlaku apabila (tuut) dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam (tuut) akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.

Nifas selepas bersalin

Nifas adalah darah yang keluar dari rahim disebabkan melahirkan, baik sebelum, bersamaan atau sesudah melahirkan
Dari Abu Hurairah ra ia berkata bhw Rasulullah saw bersabda, “Hendaknya wanita yg nifas itu menuggu selama 40 hari kecuali melihat kesucian sblm itu. Jika telah melampaui 40 hari dan belum melihat kesucian, maka hendaklah dia mandi.”[HR Ibn Adi]
Lamanya masa nifas itu menurut penelitian rata-rata 40 hari Ada yang hanya satu hari. Ada pula yang sampai 60 hari Jadi paling pendeknya nifas itu sekejab (sebentar saja). Paling lamanya 60 hari. Kalau lebih dari 60 hari dihukumkanlah darah yang masih keluar itu sebagai darah istihadhah.

Apakah itu darah istihadah?

Dari Aisyah ra,” sesungguhnya ia (istihadhah) adalah perdarahan akibat radang mulut rahim (cervix) dan bukan haidh.”[hadis riwayat bukhari]
Darah istihadah ialah darah penyakit yg keluar dari hujung urat yg berada di bawah rahim perempuandiwaktu selain waktu haid dan nifas yang terpanjang, baik darah ini keluar mengiringi darah haid atau tidak.
Dari Fatimah binti Abi Hubaisy, beliau ddatangi darah istihadah, lalu Rasulullah saw bersabda, “Darah haid ialah darah berwarna hitam biasanya dikenali oleh kaum wanita, bila begitu keaaannya, hendaklah anda berhenti dari menunaikan solat. Jika darah tersebut sebaliknya(tidak berwarna hitam), maka hendaklah anda berwudhu’ dan menunaikan solat, kerana ia merupakan darah istihadah.”[Hadis riwayat Abu dawud]

Hal-hal yang Diharamkan bagi Wanita yang Nifas
Para ulama telah bersepakat bahwa wanita yang sedang nifas diharamkan melakukan apa saja yang diharamkan bagi wanita yang haid. Antara lain,
1. Sholat.
Wanita yang haid dan nifas haram melakukan shalat fardhu maupun sunnah, dan mereka tidak perlu menggantinya apabila suci. (Ibnu Hazm di dalam kitabnya al-Muhalla)
2. Puasa.
Wanita yang sedang nifas tidak boleh melakukan puasa wajib maupun sunnah. Akan tetapi ia wajib mengqadha puasa wajib yang ia tinggalkan pada masa nifas. Berdasarkan hadits Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Ketika kami mengalami haid, kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak diperintahkan untuk mengqadha shalat.” (Muttafaq ‘alaih)
3. Thawaf.
Wanita haid dan nifas diharamkan melakukan thawaf keliling ka’bah, baik yang wajib maupun sunnah, dan tidah sah thawafnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Lakukanlah apa yang dilakukan jamaah haji, hanya saja jangan melakukan thawaf di ka’bah sampai kamu suci.” (HR. Bukhari dan Muslim)
4. Jima’.
(Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, “Menggauli wanita nifas sama halnya dengan wanita haid, hukumnya haram menurut kesepakatan ulama.” (Lihat Majmu’ Fatawa))
5. Tidak bleh diceraikan.
Diharamkan bagi suami menceraikan istrinya yang sedang haid atau nifas. Allah Ta’ala berfirman, yang artinya, “Hai Nabi, apabila kamu menceraikan istri-istrimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (dengan wajar).” (Qs. ath-Thalaq: 1)

MANDI WILADAH (MANDI LEPAS BERSALIN)
“Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala”.
Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.


Ringkasan FAKTA: Rawatan selepas bersalin

Mandi air akar kayu dan rempah
-Membuang bau hanyir
-Mengembalikan kecergasan badan
-Mencantumkan urat putus

Urut
-Melancarkan pengaliran darah
-Menaikkan rahim
-Membetulkan urat
-Memecah lemak
-Membentuk tubuh

Bertungku
-Mengecutkan rahim bengkak
-Memecah lemak
-Membuang angin dalam badan
-Merangsang peredaran darah
-Memanaskan badan

Berbengkung
-Mengembalikan bentuk badan
-Mengelak risiko perut buncit
-Mengekalkan kepanasan tubuh

Minuman Herba
-Memanaskan badan
-Mengurangkan berat
-Mewangi tubuh
-Membuang toksin dalam badan

jika tubuh badan anda tidak dirawat dengan betul, beberapa kesan-kesan bersalin seperti berikut akan anda alami:-

* Buncit di bahagian perut
* Badan mengalami kegemukan
* Kulit keliling perut menjadi kendur
* Badan menjadi lemah
* Urat-urat badan terasa bengkak
* Parut belang harimau pada kulit perut akibat kesan ketegangan sewaktu mengandung
* Pinggang yang lebar
* Luka pada jahitan

rungutan biasa wanita selepas bersalin yg meremehkan pantang.
1.Badan selalu rasa sengal-sengal
2.Bentuk badan kurang menarik
3.Cepat rasa letih
perbandingan dgn masyarakat lain


Info yang menarik kan? sama2 lah kita baca dan fikir-fikirkan... :)










1 comment:

Teguhkan diri ini dengan nasihatmu :)

S.A.Y.A.N.G K.A.M.U

Daisypath Anniversary tickers