Balik dari PASTI...sambil main game di komputer...Hadi berkata, "Mama, Mama..."...
Mama jawab , "yer...ada apa? (tanpa memberi tumpuan, asyik dengan tayangan tv)
Hadi berkata lagi , " Syurga itu di bawah tapak kaki IBU"...
Dengan tersenyum mama memandang hadi...lalu mama bangun dan menciumnya seraya berdoa di dalam hati "semoga Hadi jadi anak mama yang soleh"!
"Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan". Surah Maryam: 23.
Darjat ibu sangat tinggi. ALLAH subhanahu wata'ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa. Antaranya:
"Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu." - Surah an-Nisa: 36.
Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa." - Surah an-An'am: 151.
Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN. Taat ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa. Iaitu, ia perkara yang paling penting selepas taat kepada ALLAH.
"SIAPA yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini?" Seorang pernah bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.
"Ibu kamu," jawab Nabi.
"Dan siapa lagi?" "Ibu kamu," Nabi mengulangi.
"Selepas itu siapa?" orang itu bertanya lagi.
"Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga.
"Dan selepas itu?"
"Selepas itu ayah kamu." Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Di dalam berapa surah Al-Quran adalah ditekankan mengenai dengan keperluan tuntutan anak kepada ibubapa tetapi penekanan adalah kepada ibu:
"... Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan..." (Surah Luqman, ayat 14), "... Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah..." (Surah Al-Ahqaf, ayat 15).
Di dalam Al-Quran, seorang anak yang salleh yang tidak mempunyai bapa tetapi hanyalah seorang ibu ialah Nabi Isa AlaihiSalam. Siapa yang telah dikatakan sebagai taat kepada ibunya dan tidak menjadikannya sebagai seorang yang sombong takabbur ataupun celaka..." (Surah Maryam, Ayat 32).
ISTERI KEPADA MUHAMAD HANIFF... MAMA KEPADA HADI & HUZAIFI... MOMS TO BE...FOR MY OUR THIRD CHILD...
5.08.2012
5.06.2012
Susu ibu...
Hadi...maafkan mama...kerana gagal menyusukan kamu dengan susu mama! Maafkan mama sayang kerana tempoh penyusuan mu tidak lebih dari 3 bulan...Maafkan mama kerana ketika itu panggilan dari maktab untuk mama mengikuti kursus KPLI (mode LPBS j-QAF) menyebabkan mama terpaksa meningglkanmu bersama nenek hampir sebulan...dan ketika itu mama tak terfikir utk meneruskan penyusuanmu... Namun...peristiwa itu menjadi pengajaran buat ma...begitu juga peristiwa yang melibatkan adik sepupumu "Afiiq"...lalu mama benar2 berazam agar adikmu nanti dapat melalui prose penyusuan yang sempurna dari mama...insyaAllah.
Di sini, mama lampirkan sedikit info mengenai susu ibu ...
Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi.
Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud; "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."
Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/ susu buatan daripada susu lembu. Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tetapi susu sintetik masih belum dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.
Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi semenjak dilahirkan lagi. Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula.
SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang tepat mengikut perkembangan bayi. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai Kolostrum dan mengandungi tiga kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.
Kolostrum mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran. Susu ibu bersih dan bebas daripada bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu).
Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.
Faedah Penyusuan Bayi
01.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.
02.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.
03.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.
04.Mencegah dari penyakit rabun malam.
05.Mencegah bayi daripada mendapat alahan.
06.Menggelakkan penyakit taun.
07.Menggelakkan jangkitan telinga.
08.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.
sedutan dari - Artikel iluvislam.com

Labels:
Kehamilan dan Kelahiran
Nukilan mama...
Alhamdulillah...di beri peluang masa dan sedikit ilham untuk nukilan mama buat anakanda2 tercinta ...Muhammad Nasrul Hadi dan bakal adiknya yang akan mama lahirkan tidak lama lagi... Alhamdulillah...kerana Allah memberi mama nikmat yg amat2 besar...hanya yg pernah melalui saat2 hamil, saat2 melahirkan, saat2 membesarkan...seorang insan yang bernama ANAK! Alhamdulillah...nukilan mama di sini, moga suatu hari menjadi bahan bacaan kalian...dan juga saat ini, moga ianya menjadi 1blog yang memberi ilmu berguna buat siapa jua yang telah dan akan bergelar ibu, mama, ummi, mak....:)
Labels:
Kasih Mama
Subscribe to:
Posts (Atom)