5.12.2012

Anakku Kreatif (Bahg. 2)


Antara yang di lukis @ di warnakan oleh anakanda mama, Hadi, samaada di buku kerja (dah penuh almari dengan koleksi pelbagai genre buku latihan Hadi...hehehe), kertas (kertas A4 mama lah mangsanya...huhuhu), whiteboard @ di komputer (bila Hadi start ngadap komputer, ayah n mama memang terpaksalah ngadap t.v jer sebab Hadi akan gunakan masa lebih dari 2jam :) terutamanya di laman web Zoodles)...:)



~ Ketika pertandingan mewarna sempena Hari Keluarga SK GUAI di Bukit Frazer 2011 ~




~Perhatikan lukisan Hadi ini...di lukisnya gambar dua pohon epal...di tengahnya orang baju kuning yang sedang memikul beg di belakang badannya...hehehe~

~1st time hadi tunjuk lukisannya ini...mama amat2 terkejut...kerana ianya adalah satu latihan Matematik...how clever u r, my son! Mula2...Hadi lukiskan gambar mengikut bilangan (gambar di sebelah kanan)...kemudian Hadi tuliskan pula nombor 1-5 tanpa urutan (di sebelah kiri)...kemudian Hadi tunjukkan hasilnya kepada mama (belum disuaikan lagi)...dan
Hadi berkata : Cuba mama suaikan... Mama dengan rasa terkejut pun berkata : Ya Allah, pandainya anak mama. Hadi macam biasa akan jawab : Yerlah...Hadi kan pandai. Kemudian mama kata : Hadi suaikanlah. Hadi jawab : Mama x pandaiker? Hadi wat ek...Cuba Mama tengok ... Dalam hati mama : (amboi...bukan tak pandailah syg...tapi mama nak tengok Hadi wat sendiri)...dan Akhirnya...lukisan inilah hasilnya! ~


Alhamdulillah...syukur pada Allah yang kurniakan mama anakanda sulung yang pandai dan kreatif :)...Ikutkan kebanyakan daripada lukisan Hadi biasanya pasti akan ada video yang mama ambil...insyaAllah mama akan cuba uploadkan di blog ini nanti :)
















5.11.2012

Anakku Kreatif (Bahg. 1)






~ koleksi reka cipta oleh anak kesayangan mama, Hadi ~

Air Mata & Erti Redha....




Lewat petang ini...air mata mama mengalir...kenapa?? Adakah kerana mama takut saat2 menantikan saat2 melahirkan anak kedua mama? Atau apakah sebenarnya yang mengganggu fikiran mama???


Mama sebenarnya sedang mengikuti kisah dua sahabat mama...yang kisah mereka bagi mama dalah kisah kekuatan insan yang bergelar anak, isteri dan ibu...kisah dua sahabat mama dari dua tempat berbeza, pertama rakan mama semasa di Sek Men Agama Chenor, dan yang ke dua adalah sahabat mama dari Universiti Islam Antarabangsa...dan kini kami sama2 dalam perjuangan sebagai guru pendidikan Islam j-QAF di temerloh, pahang...



Apa yang ingin mama kongsikan adlah tentang kesabaran, ketabahan dan redha mereka ketika ujian datang dariNYA...Allahuakbar...Tidaklah KAU menguji hamba-hambaMU melainkan kerana kasih sayangMU terhadap kami!



Kisah Sahabat Pertama (http://ruhulkifah.blogspot.com/)

~ Arwah suami beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan (tidak pasti pulang @ pergi) ke masjid...dan ketika itu sahabat mama ini sedang mengandungkan puteri sulungnya...Innalillah...semoga arwah di tempatkan di syurgaNYA! amin!

Kisah Sahabat Kedua
(http://hilma-mujahidahsolehah.blogspot.com/)

~ Arwah suami, ibu dan ayahnya meninggal dunia ketika sahabat mama ini baru 2 jam melahirkan anakanda keduanya (anakanda sulung beliau juga telah tiada)...Innalillah...semoga arwah2 di tempatkan di syurgaNYA! Amin!


SABAR + REDHA = HIKMAH



Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:

Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)







"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)




"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka di antara mereka ada yang keluar seperti emas asli iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat dan ada di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu) iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah" (HR Thabrani)







5.10.2012

~ KURMA ~


Kali ini mama ingin berkongsi tentang khasiat "KURMA".... :)...ini keranaKURMA adalah buah-buahan yang amat penting utk dimakan sebelum, ketika hamil dan juga selepas bersalin...


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah S.A.W


KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.



Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.


Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.



Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah S.A.W menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah S.A.W berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala.


KHASIAT KURMA


Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.


Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.


Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.


Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.


KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS PERUBATAN


Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.


Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.


Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria


Kandungan Kurma Kering %
Gula Lebih 50
Protein Lebih 2
Lemak Lebih 2
Sumber Mineral Lebih 2

Sumber: Encyclopaedia Britannica CD99.




KURMA MENCEGAH PENYAKIT STROKE



Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya. Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan energi atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan. Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan energi yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan stroke.


Cukup Lima Butir Sehari..!





Dari penelitian terhadap pola makanan yang dilakukan terhadap 859 orang lelaki dan wanita berusia di atas 50 tahun di California Utara, AS, diketahui, perbezaan kecil konsentrasi kalium pada pola makanan dapat memprediksi mereka yang dijangkakan berpeluang meninggal akibat stroke 12 tahun kemudian. Tak ada seorang pun yang sukatan kaliumnya paling tinggi (lebih dari 3.500 mg setiap hari) meninggal akibat stroke. Sebaliknya, orang yang secara teratur engonsumsi kalium paling rendah (kurang dari 1.950 mg setiap hari) mempunyai risiko stroke fatal jauh lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Di antara mereka yang konsumsi kaliumnya paling Rendah, harapan meninggal akibat stroke 2,6 kali pada lelaki dan 4,8 kali pada wanita. Makin banyak makanan kaya kalium yang dikonsumsi biasanya makin kecil kemungkinan orang menderita stroke. Para penyelidik merumuskan dengan hanya makan satu jenis ekstra makanan kaya kalium (minimal 400 mg setiap hari) risiko fatal boleh diturunkan sampai 40%. Tahap 400 mg kalium itu mudah sekali Anda penuhi dengan makan kurma kering sekitar 65 g saja, atausetara dengan lima butir kurma. Makanan tinggi kalium, menurut Dr. Louis Tobian, Jr., pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University AS, juga dapat membantu menurunkan tekanandarah serta boleh memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung, sebagaimana kondisi tekanan darah seseorang. Untuk membuktikan hal itu, Dr. Tobian melakukan eksperimen pada dua kelompok tikus yang terkena hipertensi. Satu kelompok tikus diberi diet tinggi kalium dan kelompok lain diet kalium normal. Hasilnya amat luar biasa. Diantara kelompok tikus yang mendapat kandungan kalium tinggi, tak satu pun mengalami perdarahan otak. Sementara 40% pada kelompok tikus yang mendapat kalium normal menderita stroke ringan yang dibuktikan dengan adanya perdarahan otak.

Dari hasil penelitian itu, Dr Tobian membuat kesimpulan, konsumsi ekstra kalium dapat menjaga dinding arteri tetap elastik dan berfungsi normal. Keadaan ini membuat pembuluh darah tidak mudah rusak akibat tekanan darah. Jadi jelas, kurma yang secara tradisional disajikan sebagai salah satu hidangan untuk berbuka puasa di Bulan Ramadhan, bukan makanan pembuka yang biasa. Diam-diam ia menyimpan senjata potensial antistroke dan antiserangan jantung. Meskipun demikian, untuk memastikan nampak positif kurma, agaknya masih perlu dibuktikan lebih lanjut melalui penelitian.
Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer


Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin. Kurma kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering juga kaya dgn kalium kerana ia juga mengandung salisilat.Orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat, akan bereaksi sama dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma.
Di pihak lain , para pakar tergugah rasa ingin tahu terhadap perkembangan bahwa salisilat pada makanan boleh memberikan prestasi yang sama dengan minum aspirin. Memang, ada kaijan yang membuktikan, aspirin regular dose rendah (kurang atau separuh dose yang biasa diminum per hari) sanggup membantu mencegah serangan jantung atau stroke.

Berdasarkan hal itu, para pakar mengharapkan, dose rendah salisilat dalam makanan yang dikonsumsi boleh juga meredakan sakit kepala.Komposisi Gizi Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti aneka produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap.

Di negera Arab kurma mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.

Nilai gizi utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya, alias gulanya, yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60% pada kurma lembek (yang diambil sewaktu masih lembek dan mentah) hingga sekitar 70% pada kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari)

Kebanyakan varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).

Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana Minggu", kurma mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang terdapat di dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan. Seperti halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan tenaga yang tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan menjadikannya sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma dianggap sebagai buah yang ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur.


Segelas air yang mengandung glukosa, menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation, seperti dikutip Panasea, akan diserap tubuh dalam 20-30 menit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma baru habis terserap dalam tempo 45-60 menit. Makanya, orang yang makan cukup banyak kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan tahan lapar, sebab bahan ini juga kaya dengan serat.

Keunggulan kurma lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat (bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.

Dalam setiap 100 g kurma kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta penting untuk fungsi jantung.

Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan, sementara tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.

Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang secara mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim.















Berpantang ~ Cara Alami vs Cara Islam ~




Seringkali bermain di minda mama tentang pantang larang orang2 tua ( terutamanya wan mama yang banyak sgt pantang larang nya :) )...kadang2 ada yang masuk akal...tapi banyak yang mama rasa adalah kerana kepercayaan yang tetap dalam pemikiran mereka kerana itulah yang pernah berlaku pada mereka dahulu...sehingga ia kadang2 menjadi suatu yang telah melanggari syariat Islam (MasyaAllah)...tetapi bukan kesemuanya...ada yang bagus...dan mama sering dengar, mereka yang berjaya sihat dan kembali kepada bentuk tubuh yang cantik adalah mereka yang benar2 'kuat berpantang' (hehehe)

Lalu...di sini mama nak share serba sedikit ilmu2 tentang berpantang ini...semoga ianya dapat menjadi panduan kepada mama dan ibu2 yang lain :)

sumber dari laman ini http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2011/03/berpantang-lepas-bersalin-dalam-islam.html


Berpantang bagi seorang wanita selepas melahirkan anak merupakan satu adat dan amalan yang wujud pada sesuatu agama. Bukan orang Melayu sahaja yang berpantang selama 40 hari, malahan dinegara-negara Arab, UK, USA, etc juga ada dikalangan orang Islam ada yang mengamalkan kepercayaan demikian. Malah bukan sahaja orang Islam, bahkan kaum lain pun ada yang mengamalkan amalan tersebut.

Bagi mereka yang berpantang, mereka dilarang dari keluar rumah sepanjang 40 hari. Mereka juga disuruh berpantang dari beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan sejuk. Ada juga yang mengamalkan jamu dan juga berurut untuk membetulkan peranakan.

Hakikatnya didalam Islam, tidak ada larangan untuk wanita itu keluar dari rumah kurang dari 40 hari kelahiran bayi. Ia hanyalah adat dan budaya semata-mata.

Angka 40 itu sangat sinonim didalam agama Islam. Dikatakan jumhur ulama' menyatakan bahawa 40 hari merupakan waktu maximum seorang wanita dikecualikan dari melakukan ibadat seperti solat dan puasa. Selepas 40 hari, seseorang wanita itu diwajibkan mandi dan mula bersolat. Ada dikalangan ulama' yang membenarkan selama 60 hari. Ummu Salamah ra. berkata :


كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ..
"Semasa waktu Rasulullah :saw , wanita didalam nifas akan duduk (dikecualikan dari puasa dan solat, dsb) selama 40 hari..." [Riwayat al-Tirmudzi]

Imam al-Tirmudzi didalam komentarnya terhadap hadith ini berkata, telah ijma' ulama dari kalangan sahabat Nabi :saw, taabien, bahawa waktu maksima wanita didalam keadaan nifas tidak perlu menunaikan solat adalah selama 40 hari, melainkan telah bersih sebelum ini,maka hendaklah ia mandi dan bersolat.

Waktu minimum menurut Dr Abdul Karim Zaidan tidak ada hadnya, dan ini padangan ijma' fuqaha'. Dengan ertikata lain, sebaik sahaja tidak keluar lagi darah, maka wanita tersebut boleh mandi dan menunaikan solat. Menurut Dr Abdul Karim Zaidan lagi, pandangan yang rajih didalam hal waktu maksima nifas adalah 40 hari [Mufasal, 1/109].

Hukum wanita didalam nifas adalah sama dengan wanita didalam haid tanpa khilaf. Menurut Mazhab Syafie 'Apa yang diharamkan semasa nifas adalah diharamkan didalam haid'. Bagi Mazhab Maiki pula 'larangan didalam nifas semuanya dilarang didalam haid'. [Mufasal, 1/169].

Jenis-jenis aktiviti yang dilakukan oleh wanita selepas bersalin pada zaman Nabi :saw tidak pula saya berjumpa dengannya. Amalan yang paling hampir adalah bayi yang baru lahir itu hendaklah disusukan oleh wanita lain (selain ibunya) sekurang-kurangnya 2-3 hari selepas kelahirannya. Ini adalah elok sementara menunggu susu ibu tersebut menjadi pekat. Kebanyakkan orang Arab memberi tumpuan pada perkara ini, sebagaimana Nabi :saw diberi kepada Banu Sa'd untuk disusukan di kalangan mereka.

Waktu mengandung 9 bulan itu boleh dikatakan agak lama, maka sudah tentu kesihatan merupakan perkara yang perlu dijaga oleh setiap wanita selepas bersalin. Disini saya mengutip sedikit nasihat Doktor wanita (tulisan Saarah al-Lu'Lu'ah didalam laman sesawang Islamway) mengenai perkara ini :-


•perkara utama yang perlu dilakukan adalah cukup rehat dan tidor, sekurang-kurangnya 1 minggu
•terus mandi selepas bersalin (mandi wiladah)
•makan diet yang biasa selepas bersalin. Tumpukan kepada makanan yang berprotein, mineral, sayur-sayuran dan buah-buahan.
•digalakkan ibu yang lepas bersalin bergerak selepas 6 jam.
•tidak kembali bekerja hanya selepas 6 minggu.
•terus bersenam sehingga badan menjadi normal

Manakala, ini adalah dari sumber http://khaihani.multiply.com/journal/item/35?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem


RAWATAN TRADISIONAL

Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang.

Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang.

Misalnya, cara wanita Kelantan mungkin berbeza dengan orang utara. Begitu juga ibu berketurunan Jawa, Arab, Cina atau India berbeza petua dan rahsia yang menjadi amalan mereka.

Walau apa jua cara yang digunakan, tujuannya tetap sama iaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin dan selepas bersalin.

Banyak perkara misteri yang masih belum terhurai dan terjawab tentang rawatan selepas bersalin secara tradisi Melayu warisan pusaka. Apa lagi kalau hendak dihuraikan secara saintifik kerana masih belum ada penyelidikan dijalankan untuk membuktikan kebaikannya terhadap kaum wanita.

Namun kita sedia maklum akan khasiat herba dalam mengubati beberapa penyakit seperti akar Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia, Bunga Pakma dikenali juga sebagai Rafflesia, Kacip Fatimah iaitu Labisia pumila dan lain-lain lagi.

Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu.

Antara rawatan tersebut adalah bertungku, berurut, mandi herba dan mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis, bertasak, minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum.

BERTUNGKU


Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku.

Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan.

Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.

Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia.

Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan.

Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada).

Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.

Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah.

Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.

Justeru, bertungku adakala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

BERURUT MENYEGARKAN BADAN

Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman.

Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.

Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam.

Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi.

Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut.

Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya:

•Minyak kelapa [Dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak hingga menjadi minyak]
•3 camca besar halba
•4 cm halia (Zingiber officinale)
•4 cm kunyit hidup (Curcuma domestica)
•3 ulas bawang putih (Allium sativum)
•5 biji bawang merah (Allium cepa)
•Cara membuat: Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.

MANDI

Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.

[A] Mandi Dedaun

Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri.

Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang.

Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi (Vitex negundo), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai (Lawsonia terma), daun bonglai, daun mengkudu (Morinda citrifolia) dan rempah halba.

Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.

Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi:

•1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
•10 helai daun limau purut
•6 batang daun serai bersama serai
•Halia muda sebesar 4 kali ibu jari
•7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
•2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
•Seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
•Segenggam halba (dipunjutkan)
CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI:

•Ambil periuk tanah ukuran sederhana.
•Sediakan bahan-bahan di atas.
•Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana.
•Masukkan halba yang dipunjutkan.
•Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.
Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua.

Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari [kaki kanan] dahulu diikuti kaki [kaki kanan] kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri.

Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.

Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit.

Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot disamping menghalang air dari masuk ke dalam badan.

Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

[B] Mandi Lulur

Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit.

Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.

Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal.

Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita.

Kebanyakan ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.

BERTANGAS


Ia dilakukan selepas mandi.

Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan prolapse (keluar tombong).

Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.

Ramuan Tangas:

•9 keping asam gelugur
•2 camca besar garam jantan
•3 helai daun sirih (Piper betel)
•Segenggam inai (Lawsonia terma)
•Halia sebesar ibu jari (Zingiber officinale)
•3 biji manjakani
•Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.
PEMAKAIAN PARAM, PILIS, TAPEL, JADAM DAN BENGKUNG

Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran.

Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis.

Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin.

Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel (ubat barut) yang dicampurkan dengan 5 titik minyak kayu putih, 3 titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis.

Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.

Selain menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut.

Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut:

•Segenggam jadam (diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya)
•Halia (Zingiber officinale) sebesar ibu jari
•Isi kunyit terus sebesar ibu jari
•3 ulas bawang putih (Allium sativum)
•Asam jawa (Tamarindus indica) sebesar bola ping-pong
•Secawan air kosong
•Periuk tembikar dan sudip
•Cara membuatnya: Masukkan jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan jadam dan campur perahan air asam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga mengggelegak.
Cara menyapu jadam:

Biarkan jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itu sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan kain kecil dan ikat barut dengan kemas. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung.

BERBENGKUNG

Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara.

Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.

BERTASAK


Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan.

Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan.

Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut, dua kali sehari pagi dan petang. Setiap tiga hari, bahan berlainan digunakan.

Caranya: Bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat, dicampur setengah cawan air, ditapis dan diminum.

Pada hari pertama hingga ketiga: Segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma, garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum.

Pada hari keempat hingga keenam: Gunakan segenggam daun senduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan.

Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan: Bahannya adalah 5cm kunyit iaitu Curcuma domestica, garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum.

MINUM AKAR KAYU DAN JAMU



Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional.

Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan disamping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.

Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan.

Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK YANG BERPANTANG

Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan, samalah seperti mandi tidak bersabun.

Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.

Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.

Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya.

Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.

Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Apa yang nyata, mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.

Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus.

Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.

Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga), mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu disamping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang.

Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu.

Cara makannya: Ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.

Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi dimana seseorang terasa sangat kenyang.

Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Institut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin.

Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.

------------ --------- --------- --------- --------- ---------

CARA-CARA MENGIKAT BENGKUNG:

1. Sempurnakan ikatan barut.

2. Ikat satu hujung kain pada tombol pintu atau dipegang pembantu. Lilit bermula di bawah paras punggung. Pastikan satu hujung kain pendek, agak-agak melepasi kepala. Bahagian berkenaan dijadikan tulang bengkung.

3. Lilitan dipusing ke belakang, apabila tiba di depan, simpul pada bahagian pendek, kemudian pusing ke belakang semula.

4. Bahagian depan siap diikat.

5. Bahagian belakang, dililit kemas dan bertindih setiap satunya.


Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut:

1. Legumes: Kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya.

2. Susu dan hasil susu: Susu, aiskrim dan keju.

3. Sayur-sayuran: Kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli.

4. Sayuran berubi: Kentang dan sengkuang.

5. Buah-buahan: Prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic.

6. Bijirin dan roti: Kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin, roti dan pastri.

7. Makanan berlemak: Makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar.

8. Cecair: Minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk.

9. Seserat (fiber): Kacang, oat, bran dan kacang panggang

Ini pula dari http://www.annisa.com.my/syariat-islam/adakah-amalan-berpantang-mengarut.html



ADAKAH AMALAN BERPANTANG MENGARUT???


Adakah Amalan Berpantang Mengarut?Posted at 23/07/2011 | By : admin | Categories : Syariat Islam | 0 Comment
Eida

Golongan masyarakat hari ini rata2 tidak mengetahui malah membenci amalan berpantang selepas bersalin.. dgn berbagai alasan.. antaranya ketingalan zaman.. amalan merapu..
ada yg mengatakan masyarakat barat tidak berpantang pun.. mereka dgn sombong mengatakan mereka masyarakat moden.. tidak terikat lagi dgn amalan kuno tersebut..
cuma yang mereka tidak faham, kebaikan dari amalan tersebut.., dan tubuh moden mereka sebenarnya lebih rapuh/reput dari masyarakat dulu kerana amalan makanan yg berkimia dan berbagai gaya hidup moden yg menghancurkan..

dan satu kesilapan masyarakat dahulu adalah kerana hanya menyuruh org berpantang itu dan ini.. tanpa menerangkan kenapa perlu dilakukan begitu.
marilah kita pesan kepada masyarakat moden tersebut.., apakah dia amalan berpantang selepas bersalin ini..

pantang selepas bersalain
Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.

bengkung
Amalan berbengkung dapat mengempiskan perut selain mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin. Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari dan jika mampu wanita digalakkan berbengkung semula pada sebelah malam
bagi membentuk semula tubuh, ibu bersalin perlu memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.
ia juga Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.
bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.
Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan, kerana ia membentuk semula bahagian badan yang berlemak. Malah, untuk mengembalikan bentuk tubuh asal ibu bersalin digalakkan memakai bengkung selama 44 hari

bertungku
wanita perlu bertungku bagi mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku yang tertinggal di dalam perut. Tungku yang dilapik dengan kain dibalut bersama daun mengkuang dan pandan.
Amalan bertungku juga berkesan untuk membuang lendir angin selain memecahkan lemak degil. Bertungku dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam dan bahagian paling dititikberatkan adalah paha dan perut

urutan
Urutan selepas bersalin penting untuk mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum mengandung, mengurangkan ketegangan akibat kepenatan selepas melahirkan anak,melancarkan peredaran darah, membetulkan urat yang tegang semasa melahirkan anak,menenangkan fikiran, melancarkan pengaliran darah nifas, mengembalikan rahim ke tempat asalnya, membuang angin dan menyihatkan badan
1) URUTAN SELEPAS BERSALIN
-NAIKKAN PERANAKAN
-NAIKKAN SERI MUKA
-KEMBALIKAN TENAGA
-MEMULIHKAN BADAN

Seelok-eloknya badan diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di perut kerana angin berkumpul di situ. Kebanyakan penyakit yang datang dalam tempoh berpantang juga berpunca daripada perut.
Selepas bersalin, kedudukan peranakan wanita sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asal. Urutan bertujuan menaikkan rahim dan tidak boleh dilakukan dengan kasar terutama di perut kerana ia dikhuatiri menyebabkan kecederaan dalaman,

Pemakanan Ibu Dalam Pantang Masyarakat Melayu
Pemakanan antara aspek yang diambil berat semasa wanita dalam pantang. Makanan yang boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan.
* Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
* Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
* Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
* Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
* Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
* Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.
* Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan.
* Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
* Ayam – seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara.
* masakan yang dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
* Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
* Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
* Perisa lain adalah yang boleh digunakan seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.

Elakkan
* Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
* Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
* Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang.
* Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.
* Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
* Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.

1. Ikan yg berduri & berbisa (terubuk, pari, parang) – badan bisa & bentan
2. Ikan masin + kering – nifas bau busuk
3. Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lg seafood – kulit gatal2
4. Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kankung, petola, kacang panjang, terung, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
5. Buah yang sejuk (tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
6. Air sejuk, air gas, air kelapa muda, cincau – sama seperti kesan buah dan sayur yang sejuk

ubatan herba
ibu bersalin juga akan diberi minuman herba iaitu campuran kunyit, asam gelugur, daun sirih dan gula Melaka. Minuman ini berkhasiat mengembalikan tenaga wanita selepas melalui perit melahirkan anak.
Minuman Herba/Rempah
“Selain mengecutkan rahim, minuman ini merangsang aroma badan lebih wangi
amalan mandi 44 jenis air rebusan rempah ratus seperti daun inai, serai wangi, daun pisang kering, bunga kantan dan daun kunyit juga penting bagi membuang bau hanyir darah yang melekat pada badan selain mengembalikan kesegaran.

Faedah
* Memanaskan badan
* Mengurangkan berat
* Mewangi tubuh
* Membuang toksin dalam badan
* Mengecutkan Peranakan

pilis

Pilis ialah campuran ramuan remah-rempah yang disapukan pada dahi untuk mengelakkan rasa pening-pening, sakit kepala atau pitam.

Faedah

* Dipercayai boleh mengelakkan berlakunya rabun ketika usia muda.
* Pemakai pilis akan merasa nyaman dan berangin, jadi rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan.

Tempel/Tapel

* Tempel atau tapel adalah campuran rempah/herba yang disapu pada perut.

Faedah

* menghangatkan perut supaya tidak ‘masuk angin’
* mengencangkan kembali otot perut ibu selepas bersalin

Seks dalam pantang
Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam (tuut) akan berlaku apabila (tuut) dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam (tuut) akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.

Nifas selepas bersalin

Nifas adalah darah yang keluar dari rahim disebabkan melahirkan, baik sebelum, bersamaan atau sesudah melahirkan
Dari Abu Hurairah ra ia berkata bhw Rasulullah saw bersabda, “Hendaknya wanita yg nifas itu menuggu selama 40 hari kecuali melihat kesucian sblm itu. Jika telah melampaui 40 hari dan belum melihat kesucian, maka hendaklah dia mandi.”[HR Ibn Adi]
Lamanya masa nifas itu menurut penelitian rata-rata 40 hari Ada yang hanya satu hari. Ada pula yang sampai 60 hari Jadi paling pendeknya nifas itu sekejab (sebentar saja). Paling lamanya 60 hari. Kalau lebih dari 60 hari dihukumkanlah darah yang masih keluar itu sebagai darah istihadhah.

Apakah itu darah istihadah?

Dari Aisyah ra,” sesungguhnya ia (istihadhah) adalah perdarahan akibat radang mulut rahim (cervix) dan bukan haidh.”[hadis riwayat bukhari]
Darah istihadah ialah darah penyakit yg keluar dari hujung urat yg berada di bawah rahim perempuandiwaktu selain waktu haid dan nifas yang terpanjang, baik darah ini keluar mengiringi darah haid atau tidak.
Dari Fatimah binti Abi Hubaisy, beliau ddatangi darah istihadah, lalu Rasulullah saw bersabda, “Darah haid ialah darah berwarna hitam biasanya dikenali oleh kaum wanita, bila begitu keaaannya, hendaklah anda berhenti dari menunaikan solat. Jika darah tersebut sebaliknya(tidak berwarna hitam), maka hendaklah anda berwudhu’ dan menunaikan solat, kerana ia merupakan darah istihadah.”[Hadis riwayat Abu dawud]

Hal-hal yang Diharamkan bagi Wanita yang Nifas
Para ulama telah bersepakat bahwa wanita yang sedang nifas diharamkan melakukan apa saja yang diharamkan bagi wanita yang haid. Antara lain,
1. Sholat.
Wanita yang haid dan nifas haram melakukan shalat fardhu maupun sunnah, dan mereka tidak perlu menggantinya apabila suci. (Ibnu Hazm di dalam kitabnya al-Muhalla)
2. Puasa.
Wanita yang sedang nifas tidak boleh melakukan puasa wajib maupun sunnah. Akan tetapi ia wajib mengqadha puasa wajib yang ia tinggalkan pada masa nifas. Berdasarkan hadits Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Ketika kami mengalami haid, kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak diperintahkan untuk mengqadha shalat.” (Muttafaq ‘alaih)
3. Thawaf.
Wanita haid dan nifas diharamkan melakukan thawaf keliling ka’bah, baik yang wajib maupun sunnah, dan tidah sah thawafnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Lakukanlah apa yang dilakukan jamaah haji, hanya saja jangan melakukan thawaf di ka’bah sampai kamu suci.” (HR. Bukhari dan Muslim)
4. Jima’.
(Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, “Menggauli wanita nifas sama halnya dengan wanita haid, hukumnya haram menurut kesepakatan ulama.” (Lihat Majmu’ Fatawa))
5. Tidak bleh diceraikan.
Diharamkan bagi suami menceraikan istrinya yang sedang haid atau nifas. Allah Ta’ala berfirman, yang artinya, “Hai Nabi, apabila kamu menceraikan istri-istrimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (dengan wajar).” (Qs. ath-Thalaq: 1)

MANDI WILADAH (MANDI LEPAS BERSALIN)
“Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala”.
Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.


Ringkasan FAKTA: Rawatan selepas bersalin

Mandi air akar kayu dan rempah
-Membuang bau hanyir
-Mengembalikan kecergasan badan
-Mencantumkan urat putus

Urut
-Melancarkan pengaliran darah
-Menaikkan rahim
-Membetulkan urat
-Memecah lemak
-Membentuk tubuh

Bertungku
-Mengecutkan rahim bengkak
-Memecah lemak
-Membuang angin dalam badan
-Merangsang peredaran darah
-Memanaskan badan

Berbengkung
-Mengembalikan bentuk badan
-Mengelak risiko perut buncit
-Mengekalkan kepanasan tubuh

Minuman Herba
-Memanaskan badan
-Mengurangkan berat
-Mewangi tubuh
-Membuang toksin dalam badan

jika tubuh badan anda tidak dirawat dengan betul, beberapa kesan-kesan bersalin seperti berikut akan anda alami:-

* Buncit di bahagian perut
* Badan mengalami kegemukan
* Kulit keliling perut menjadi kendur
* Badan menjadi lemah
* Urat-urat badan terasa bengkak
* Parut belang harimau pada kulit perut akibat kesan ketegangan sewaktu mengandung
* Pinggang yang lebar
* Luka pada jahitan

rungutan biasa wanita selepas bersalin yg meremehkan pantang.
1.Badan selalu rasa sengal-sengal
2.Bentuk badan kurang menarik
3.Cepat rasa letih
perbandingan dgn masyarakat lain


Info yang menarik kan? sama2 lah kita baca dan fikir-fikirkan... :)










~ Tanda-tanda Bersalin ~




Di saat ini, mama masih merasai sakit yang dtg dan pergi...menunggu masa dan ketika yang telah di tetapkanNYA untuk mama bersalin...bila? hanya Allah yang tahu...cuma mama tahu masa nya dah x lama...dan mama masih menunggu tanda2 sebelum mama bergerak ke HOSHAS :)





Info ini mama kongsikan berdasarkan beberapa laman web yang sering mama baca...


Bagaimana saya tahu saya sudah mahu bersalin?


Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia adalah satu proses apabila perubahan fisiologi dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. Jika anda memang mahu bersalin, satu atau lebih daripada lima perkara berikut akan berlaku:

•Serviks anda akan menjadi nipis dan lebih lembut (pemendekkan) dan mengembang sehingga 10sm.


•Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.


•Anda mungkin akan mengalami sakit di sebelah bawah belakang dan kekejangan seperti kekejangan prahaid.


•Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun, ia adalah tanda yang anda menuju ke arah itu.


•Air ketuban anda pecah tetapi hanya jika diikuti dengan kontraksi.


Berikut adalah simptom yang perlu anda risaukan. Jika anda sedang mengalami satu-satu daripada masalah berikut, hubungilah doktor anda dengan segera.


Anda rasa "tidak begitu sihat"

Jika anda tidak pasti mengenai satu simptom, tidak berasa seperti biasa atau berasa tidak selesa, percayalah dengan perasaan anda dan hubungi doktor anda. Jika terdapat masalah, anda akan dirawat dengan segera. Jika tiada masalah, anda akan berasa lega.

Doktor anda menjangkakan panggilan seperti ini dan akan sedia memberikan nasihat kepada anda. Badan anda berubah dengan cepat dan kadang-kala ianya sukar untuk mengetahui sama ada apa yang anda rasa adalah "normal" atau tidak.


Sakit di bahagian tengah abdomen

Sakit di atas-tengah abdomen yang teruk dan seperti menyucuk, dengan, atau tanpa, loya atau muntah adalah petanda beberapa keadaan. Ia menunjukkan samada:
•ketakcernaan yang teruk;
•virus dalam perut;
•keracunan makanan.
Ia mungkin juga pra-eklampsia, satu keadaan serius yang memerlukan rawatan segera.


Sakit bahagian bawah abdomen

Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi, atau di perut adalah petanda beberapa keadaan. Anda mungkin mengalami ligamen terkoyak/tertarik atau mungkin ia:
•tanda kehamilan ektopik;
•keguguran;
•pelahiran pramatang;
•fibroid yang merosot dan berdarah atau koyakan plasenta.


Demam

Jika suhu anda melebihi 37.5 darjah C, tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor anda pada hari yang sama.

Jika suhu melebihi 39 darjah C, hubungi doktor anda dengan segera. Anda mungkin mempunyai jangkitan. Doktor anda akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu anda melebihi 39 darjah C bagi jangka masa yang lama, ia akan membahayakan bayi dalam kandungan.


Gangguan penglihatan

Jika anda mengalami penglihatan berganda, kabur, malap, titik atau cahaya silau yang berlaku lebih dari dua jam, panggil doktor anda. Simptom-simptom ini adalah tanda-tanda pra-eklampsia.

Bengkak tangan, muka dan mata


Ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakan kes, ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tiba dan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom pra-eklampsia.


Sakit kepala yang teruk dan berkekalan

Jika anda mengalami sakit kepala yang lebih dari dua atau tiga jam, bersama dengan gangguan penglihatan dan bengkak yang tiba-tiba pada tangan, muka dan mata anda, anda mungkin mempunyai pra-eklampsia.


Pendarahan vagina yang sedikit atau banyak

Pendarahan sedikit tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses pelekatan apabila embrio melekat pada uterus di awal kehamilan atau pendarahan menunjukkan kejayaan menjadi hamil. Tetapi anda perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh menunjukkan komplikasi yang serius:

•Pendarahan yang berbeza daripada normal haid anda (lebih banyak atau sedikit dan berwarna lebih gelap) bersama kesakitan teruk di satu sisi pada abdomen boleh menjadi tanda kehamilan ektopik.


•Pendarahan yang banyak, terutamanya apabila bersama sakit belakang atau abdomen, boleh dikaitkan dengan keguguran yang sebenar atau berpotensi.


•Dalam peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta praevia, koyakan plasenta yang berlaku apabila plasenta mula berpisah dengan dinding uterus atau kelahiran pramatang (perlahiran yang bermula sebelum minggu ke-37).


Rembesan cecair dari vagina


Rembesan cecair dari vagina sebelum minggu ke-37 bermakna membran anda telah pecah awal. Doktor anda akan memasukkan anda ke hospital supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, anda mungkin akan mula proses pelahiran. Hubungi doktor anda untuk berbincang mengenai pilihan anda jika perlahiran tidak bermula dalam 24 jam.


Peningkatan rasa dahaga

Jika anda tiba-tiba dahaga tetapi kurang kencing, ini mungkin tanda penyahhidratan atau diabetis kehamilan (atau diabetis gestasi). Keduanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda.


Sakit semasa pengencingan

Sakit semasa pengencingan diikuti dengan suhu tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran urin. Jumpalah doktor. Dia akan merawat dengan antibiotik.


Muntah yang teruk


Muntah lebih daripada dua hingga tiga kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda tanpa membahayakan bayi anda. Anda perlu hubungi dengan doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan (hiperemesis gravidum) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital.

Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk adalah tanda pra-eklampsia. Jika anda muntah diikuti dengan kesakitan dan suhu yang tinggi ia mungkin disebabkan oleh jangkitan. Dalam kedua kes, hubungi doktor anda.


Pengsan atau pening


Ini mungkin tanda yang anda tidak cukup makan pada hari itu tetapi ia juga bermakna anda mungkin mempunyai tekanan darah rendah. Ramai wanita berasa pening-pening lalat semasa kehamilan. Jika pengsan, hubungi doktor anda untuk memastikan tiada masalah.


Pergerakan bayi semakin perlahan

Tiada pergerakan atau pergerakan bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin petanda yang bayi anda tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor anda. (Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda, termasuk bila perlu meminta bantuan).


Kegatalan seluruh badan pada peringkat akhir kehamilan

Simptom-simptom ini menunjukkan masalah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis. Jika anda mengalami obstetrik kolestasis, anda mungkin juga mengalami jaundis, dengan urin berwarna gelap dan najis yang pucat.

Kegatalan adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi anda yang sedang membesar, tetapi lebih baik jika anda membuat pemeriksaan, terutamanya jika kegatalan itu teruk pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda.


Anda jatuh atau terhentak pada perut

Jatuh tidak selalunya membawa bahaya, tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku. Jika anda tergelincir di tangga dan tulang punggung anda tercedera, anda tidak perlu risau. Bayi anda selamat dilindungi oleh uterus dan cecair amnion.

Walau bagaimanapun, komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Jika anda mengalami kontraksi, rembesan cecair atau sebarang pendarahan, hubungi doktor anda dengan segera atau pergi ke hospital terdekat.



sumber : www.babycenter.com.my




5.09.2012

Syukran Jazilan Ya Ummi!!



Ketuk2 hatiku...
hampir 30 tahun umurku ini...sebanyak mana yang telah ku ucapkan kepada "MAK"...betapa sayangnya aku akan dirinya...
Alangkah bertuahnya aku kerana ada 'MAK' sepertinya...
Bukankah dia yang telah bersusah payah dan berkorban segalanya untukku...
Tak terhitung segalanya...tak terhitung...tak mungkin dapat ku hitung..
Balas? dapatkah aku membalasnya??
YaAllah...Sembah sujudku padaMu...Doaku untuk MAK!!! Amin!





Ketuk2 hati anak-anakku..
hampir 5tahun umurmu HADI...
InsyaAllah Akan lahir pula anak mama yg kedua...
Seawal 25 tahun..mama melahirkan HADI...
Menginjak umur 30 ini...Mama sedang bersedia utk melahirkan yang kedua...
Perit payah mama mengandung dan melahirkan kalian...telah mengetuk hati mama akan pengorbanan 'nenek' dan 'tokma'...
Moga Kalian mengerti akan kasih sayang mama...
Ya ALLAh...moga anak-anakku juga tidak berhenti dalam sembah sujud kalian padaMU ...ada doa untuk MAMA, NENEK dan TOK MA! Amin!


I asked for strength...


Allahuakhbar....

Sendirian di rumah...bersama rasa 'sakit' yang datang dan pergi berulang kali...
Bilakah akan lahirnya anak keduaku ini?? Bagaimanakah situasi kelahirannya nanti??



YA Allah...
Berikan aku kekuatan...dalam setiap sembah sujudku padaMu, ku memohon moga KAU permudahkan urusan ku ini...
Biar ku tahu bukan mudah untuk melahirkan seorang lagi anakku...tetapi ku tahu janjiMu terhadap aku sebagai seorang ibu pasti benar...
YA Allah...
Berikan aku kekuatan...
Untuk ku lalui hari ini dan hari-hari mendatang...
Semoga dapat aku tarbiah diriku menjadi hambaMu yang Kau Redhai...
Semoga dapat aku didik diriku menjadi isteri yang di redhai suami...
Semoga dapat aku asuh anak-anakku menjadi hambaMu yang soleh, bekalan kami di akhirat kelak...
Amin!!!

<





Sebait Puisi Dari penulis Kesayanganku...



Bibirmu terkunci,
Senyummu terpaksa,
Demi maruah suami,
Kau diamkan segala.

Tangismu hiba di malam gelita,
Batinmu mengadu pada Yang Esa.
Kau tak mahu mengaibkan sesiapa,
Agar orang melihat tiada apa-apa.

Meskipun rahsiamu kemas tersimpan,
Allah tak rela kau menangis sendirian,
Kisah keluarga Nabi, Allah dedahkan,
Sebagai tauladan sepanjang zaman.

Konflik para isteri Nabi menjelaskan,
Betapa perit mengurus kecemburuan,
Walaupun oleh wanita paling beriman,
Apatah lagi dirimu wanita akhir zaman.

Terima-kasih buatmu Nabi,
Atas kebaikan cara, kemuliaan tujuan,
Atas kelembutan dan keadilan,
Wujudkah lelaki kini sebaik Nabi?

Aku belajar dari kepahitan mereka,
Bukan memilih kepahitan untuk belajar,
Terima-kasih Tuhanku tidak memaksa,
Menjaga agamaku daripada tercalar.

Pernikahan bukan medan percaturan,
Poligami bukan cuba-cubaan,
Tanpa keperluan ia bukan pilihan,
Hanya rukhsah ketika tiada jalan.

Syarat ta'liqku kukuh terpateri,
Kerana tiada lelaki sebaikNabi,
Dan aku tak akan sebaik Aisyah,
Aku lebih rela menjadi Fatimah.

Aku lebih rela menjadi Fatimah.

-Fatimah Syarha Mohd Noordin-


Daisypath Anniversary tickers